Monday, November 5, 2012

i'll be alright

i can't express the feeling when you know you can do better but due to some obstacles you failed. it hurts you even more when you know you have lost your focus, you have wasted your time. whatever it is, past is past. you can do nothing to change it except pray for the best from HIM. don't despair and never lose hopes. HE knows how much you have given your effort into it. thus, don't stop your pray.

We plan. HE plans. And yet HE is the best planner :)

sometimes it's better to say i'm okay rather than saying the truth that you are not okay actually. yes. it's quite ego. but i know eventually you will be alright though. you will be alright :)

till then, chill :) and keep your faith on HIM and HIS great plans for you...



Saturday, November 3, 2012

rasa yang dulu

code blue. membuat rasa itu kembali bercambah. ya. hidup memang akan bergelumang dengan pesakit, scalpel, darah, hidup dan mati seseorang. but, the passion is there. jadi, diri akan rasa puas.

hehh! salah kau sendiri sebab mengalah awal sangat dulu. tapi, rasanya pilihan untuk menjadi pendidik ini pun tak salah. dapat melihat senyum gembira si kecil apabila mendapat satu ilmu baru pasti menghadirkan rasa yang tak kurang indahnya.

sudahlah. jangan dikenang lagi perkara yang lepas. kau sudah melangkah di laluan baru yang kau pilih. tak dapat jadi doktor, jadi guru kepada bakal doktor pun bolehhh.. :)

fasa satu hampir berakhir. tahun depan melangkah ke alam degree pula. moga segalanya dipermudahkan.

"Rabbi yassir, wa la tu'assir. Rabbi tamim, bil khair."

-Oh, Allah make it easy and don't make it difficult. Oh, Allah end it with goodness.-


Tuesday, September 18, 2012

Kesal

Sebenarnya dia juga ingin berubah. Ingin melangkah ke satu fasa yang lebih baik. Tapi, hingga ke saat ini dia masih belum berani melangkah dengan langkahan besar yang akan menampakkan betapa dia sedang berubah ke arah itu. Dia masih bimbang. Bimbang dengan pandangan manusia-manusia itu. Pandangan-pandangan aneh yang bisa merimaskan jiwa. Entah. Mungkin silap dia juga kerana terlalu menggantungkan hidupnya pada pandangan manusia-manusia yang kurang mengerti itu. Bukankah hidup akan jadi lebih mudah jika hanya digantungkan pada kehendak Dia?

Mungkin bagi kau anjakan dia ke arah pembentukan diri yang lebih baik akan jadi lebih mudah kerana dia dulu pelajar sekolah agama. Ya. Pelajar sekolah agama pada nama. Pada sijil. Dia tidak menidakkan betapa sekolah itu sebenarnya banyak membentuk dia menjadi insan seperti hari ini.  Alhamdulillah. Tidaklah sampai dia lupa tujuan hidupnya. Tidaklah sampai dia lupa betapa di atas sana ada Allah yang Esa sedang memerhatikan setiap langkah hambaNya. Dia bersyukur kerana dia pernah menuntut di situ.

Namun, dia kesal kerana sepanjang 5 tahun dia menuntut di situ dia tidak dapat membentuk dirinya menjadi muslimah sebenar semaksimum mungkin. Mungkin jika dia melakukan perubahan ini di bangku sekolah, tidak akan jadi sesukar ini. Mungkin kau fikir perubahan itu senang baginya. 'Ah! Dulu-dulu pun kau pakai jugak tudung labuh di sekolah. Takkan sekarang tak boleh.' Andainya kau tahu. Betapa dia juga mengharapkan itulah yang terjadi dulu-dulu. Tapi tidak. Dulu semuanya seolah-olah hanya lakonan demi sistem sekolah. Demi sistem sekolah yang menginginkan pelajarnya bertudung labuh. Ya. Dia kesal dengan masa silamnya. Kesal kerana menyedari betapa sudah terlalu lama dia menggantungkan hidupnya pada pandangan mereka. Melupakan niat untuk berubah kerana takut dipersoal.

Sudahlah. Yang berlalu biar berlalu. Hari ini, mudahan hati dia dikuatkan untuk melakukan penghijrahan diri. Biar sedikit demi sedikit. Asal dia berusaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Moga segalanya dipermudahkan Allah. Mohon kau juga doakan dia. Mohon kau pimpin dia bersama.

Friday, September 7, 2012

untuk kamu :)

kadang-kadang
Allah datangkan ujian
tanpa diduga
tanpa berita

tujuannya?
mungkin Dia mahu kau jadi lebih kuat
Dia mahu kau lebih tabah
Dia mahu kau lebihkan lagi cinta kau padaNya

Dia mahu kau terus menadah tangan mengharap rahmatNya
Dia mahu kau terus yakin pada qada' dan qadarNya
Dia mahu kau terus berusaha mendekatiNya
Dia mahu melihat sejauh mana percaya dan taqwa kau padaNya

aku tahu selepas semua itu kau akan bangkit lebih utuh lagi
kesilapan kali ini jadikan sempadan agar kau tidak melangkah ke situ lagi
aku yakin kau akan jadi lebih baik dari semalam
bahkan hari ini

justeru teman
jika kau ingin menangis kali ini
menangislah
tapi aku harap kau mampu untuk mengesat air mata itu esok
dan lakarkan senyuman yang lebih indah

jika kau terasa ingin rebah kali ini
duduklah
tapi aku harap kau mampu untuk bangkit esok
dan melangkah dengan lebih yakin lagi

tabahlah teman
yakinlah akan indahNya cinta Dia untukmu

ingat lagi janjiNya?
Dia akan bersama orang-orang yang sabar
dan
bukankah Dia tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka?

:) chill~

Sunday, August 5, 2012

teringat

Versus ~Hlovate~ 
Mengingatkan dia tentang DIA yang sentiasa ada
setia mendengar rintih harap hambaNYA
juga
mengingatkan dia pada sesuatu
yang semakin jauh
sedikit demi sedikit dipadam daripada kotak memori...

Monday, July 30, 2012

sebuah kisah di tengah resah

Muzik itu terus diputarkan. Berterusan. Mungkin pada hemat mereka muzik itu akan dapat membawa dia dan dia-dia yang lain pergi dari keresahan dan kekecohan disitu. Namun, semuanya sia-sia. Dia terus resah dan lelah ditelan keriuhan di situ. Manusia- manusia hidup itu bergerak bersimpang-siur di lorong-lorong yang maha sempit itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terduduk di satu sudut tangga. Terus terasing daripada mereka yang dengan selesanya bersandar melayan irama lagu itu. Sekumpulan manusia lain pula sibuk menyiapkan apa yang patut. Bergerak ke sana ke mari. Ingin segalanya nampak sempurna.

Muzik itu masih bergema. Mengalunkan nada yang seolah-olah ingin memukau pendengarnya. Dia cuba melayan kehendak muzik itu. Mungkin dia boleh sampai ke satu destinasi yang lebih tenang dengan muzik itu. Bukankah otak manusia itu memang diciptakan hebat oleh Penciptanya yang Maha Hebat? Dia memejamkan mata cuba menghayati susunan not-not muziknya. Masih gagal. Muzik itu berjaya mencipta suatu pusaran hitam putih yang lohong yang seolah-olah mampu menelan dia dan ingin mebawa dia ke dunia lain. Dunia yang lebih indah dan tenang mungkin. 

Tapi dia tak mampu. Dia terus lemas ditelan lohong hitam itu dan tidak mampu mencari jalan keluar ke tempat indah itu. Akhirnya, dia kembali semula ke tempat kecoh tadi. Jiwanya menjadi semakin resah di tengah keriuhan itu. Mata perpinar-pinar. Dihimpit dengan aroma yang bermacam variasi. Dipaksa menghirup udara panas yang sudah berulang-kali dihela dan dihembus manusia-manusia lain. Dia berusaha mengawal emosi, menagih kekuatan mental. Mulutnya terkumat-kamit menenangkan diri. 

Dia masih duduk di situ. Di sudut tangga auditorium, menunggu bermulanya perhimpunan.

Thursday, July 19, 2012

Ahlan wa sahlan

Dia akan datang tak lama lagi. Menjengah sekali lagi tahun ini. Alhamdulillah. Masih sempat lagi bersua dengannya. Alhamdulillah. Perjumpaan yang lepas bukanlah yang terakhir. Dapatlah pertemuan kali ini diperbaiki. Moga- moga kali ini hadirnya dia diiringi dengan amalan- amalan yang dituntut.

Bersiaplah. Muhasabah diri. Cari erti sebenar bulan mulia ini. Tingkatkan amal ibadah. Moga- moga pintu Ar- Rayyan terbuka lebar menyambut kedatangan kita nanti. InsyaAllah. 

Moga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan yang dulu- dulu. Ramadhan yang hanya dijadikan bulan makan- makan. Ramadhan yang hanya dijadikan bulan ibadah ala kadar. Harap diri istiqamah. Nak meraih nilai Ramadhan yang hebat kena buat amal ibadah yang hebat jugak. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan yang terakhir. Yang terakhir kena jadi yang terbaik. Hari esok kita tak tahu apa yang bakal jadi.

Harapnya madrasah Ramadhan kali ini dapat mentarbiyah diri. Moga jadi lebih sabar. Moga jadi lebih bertaqwa. Moga jadi lebih baik. Lebih baik di mata mereka dan paling penting di mata DIA.

Salam Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. :)

Sunday, July 15, 2012

buat hati hati itu

hari ini dia datang lagi
setelah muhasabah hati dan jiwa
dulu jarang sekali dia mampir menunjukkan diri
tapi kini dia sedar
rumah itu dapat memberi ketenangan buat dirinya
dia ingin turut serta bersama mereka yang lebih berilmu

dia berubah
perubahan yang baik untuk dirinya
dan mungkin juga untuk kamu pada hakikatnya

tapi
mata kau mencerminkan rasa tidak selesa
mata kau memancarkan rasa jelik
pada dia
yang dulunya agak jauh tersasar dari landasan itu

dia persoalkan lagi hatinya
salahkah langkah yang dia ambil
untuk dekat dengan rumah itu?
adakah dia perlu terus menjauh
agar pandangan serong itu tidak merosak jatinya

kau yang di situ
bukankah harusnya kau hulur tangan penuh mesra
menyambut hadir dia dalam hijrah baru
bukankah harusnya kau bimbing dia
agar hatinya terus kekal di rumah itu
bukankah harusnya kau jalin ukhwah erat dengannya
agar dia terus istiqamah dalam jalan yang dia pilih

darjat manusia di sisiNYA
hanya DIA yang Maha Mengetahui
kau tak layak menilai
tapi kau layak untuk menarik dia dia yang lain
untuk kembali kepada fitrah
kembali mengesakan DIA

bukankah ALLAH menyayangi hambaNYA yang bertaubat?

p/s: sama- sama muhasabah. moga- moga hati kita tidak pernah silap menilai insan- insan lain. :)

Friday, July 13, 2012

rumit

kadang- kadang hidup jadi terlalu rumit bila kau cuba kumpulkan semua masalah kau pada satu tempat. kau fikir dan fikir. kau biarkan masalah tu berlegar- legar dalam ruang fikiran. akhirnya, kau jadi runsing sendiri.

kau bijak bila mengingatkan mereka tentang pesanan DIA bahawa selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan. selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan. tapi, kau tak cukup bijak bila kau biarkan masalah kau sendiri mengganggu- gugat hidup kau. kau biarkan diri kau tenggelam dalam kekusutan yang kau cipta sendiri. cepatlah bangkit. jangan smpai kekusutan itu menelan kau, dan kau tak bisa meleraikannya lagi.

masalah yang kecil, jangan diperbesarkan. aku tahu, kadang- kadang kau cuba lupakan, tapi tak mampu. aku tahu kau cuba, kau cuba dan kau cuba. tapi ingat. usaha manusia, takkan ke mana bila kau tak mohon DIA permudahkan jalan itu untuk kau. insyaAllah DIA takkan hampakan mereka yang menadah tangan dan dengan serendah hati memohon padaNYA.

sudahlah. teruskan melangkah. biarpun setapak demi setapak, asalkan kau tak terus berdiri di lorong gelap, berdebu dan hanyir itu. carilah cahaya ketenangan kau. masa yang sesuai akan datang untuk masalah itu terungkai dengan mudahnya. lambat laun masa itu akan tiba. tapi kali ini, teruskanlah dahulu perjalanan kau. paksikan kehidupan kau mengikut acuan DIA. moga- moga kasihNYA sentiasa mengiringi.

Tuesday, July 10, 2012

Untuk awak ;)

Kenangan
aku tahu kau masih hidup dalam kenangan itu
masih berharap
moga cebisan kisah daripada kenangan itu
bercantum menjadi sebuah ceritera indah
ceritera indah kau dan dia

Mungkin?
Mungkin jua sangkaanku salah
kerna aku tak pernah tahu
setiap baris kata dalam kisah itu
setiap tompok warna di atas kanvas cerita itu

tapi aku tahu kau kuat
aku tahu hati kau milik DIA
dan aku tahu
kau juga tahu
apa jua dugaannya
kembali pada DIA
sujud pada DIA
mohon pada DIA
nescaya segalanya akan jadi mudah

mengapa?
kerna selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan
selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan

DIA sedang rancangkan sesuatu untuk kau
sesuatu yang lebih baik
Kun Fa Ya Kun
maka jadilah apa jua kehendakNYA

mungkin kenangan itu milik kau
mungkin jua kau akan mencipta suatu kisah baru di lembaran baru

aku pula?
aku akan terus di sini
berdoa moga kau mendapat yang terbaik...

*your request. I don't know if it suits you better or not :)

Saturday, July 7, 2012

Untuk kau yang bergelar sahabat

Aku bukanlah seorang pujangga
yang bijak menyusun kata

Bukanlah juga seorang pakar motivasi
yang cekap perihal hati

Bukan pula seorang nujum
yang tahu apa ada di sebalik tangis dan senyum

Tapi,
aku bisa menjadi pendengar yang setia
bila kau perlukan pendengar selain DIA

Aku bisa pura- pura tidak endah
bila kau rasa payahnya untuk diluah

Aku bisa memberi kata semangat
bila kau rasa kau tak kuat

Benar.
Aku tidak sekamil sahabat lain
masih punya cacat cela zahir dan batin
masih punya khilaf yang terlepas pandang
masih punya silap yang tak terbilang

Tapi aku akan terus berusaha
mencuba menjadi sahabat sempurna
yang bakal seiring menuju syurga DIA...

Saturday, June 2, 2012

Hikayat Si Kecil

Si kecil itu berlari pantas menuju abangnya yang sedang menghadap muka bukunya. Hampir- hampir terlanggar meja. Hatinya kembang juga apabila dia sempat mengelak bucu tajam itu. Kalau tak, habislah dia diketawakan kawan- kawannya nanti. Ada benjol besar di dahi.

"Abang, adik nak tanya sikit." Termengah- mengah dia bertanya.

"Ya. Tanyalah." Si abang masih tekun melayan komen- komen kawannya.

"Adik nak tanya pasal Palestin."

Si abang terkejut. Biar betul si kecil ini ingin berbicara tentang hal seserius ini. 'Aku pun tak pernah ambik kisah.'

"Kenapa bila pak cik pembaca berita tu bacakan berita pasal perang kat Palestin, diorang cakap itu kakak- kakak dan abang- abang kita? Kita saudara ke?"

"Oh. Betullah tu. Diorang saudara seagama kita." Si abang menjawab malas.

"Bukan saudara tu orang cakap ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa jugak ke? Kenapa kita tak tolong diorang. Orang kat sini tak rasa ke sakit diorang. Kesian. Semalam adik tengok kat tv, ada kakak tu menangis sebab anak dia kena tembak. Kecik lagi. Macam adik. Sakit kot. Ada abang tu bawak senapang besar. Pergi serang tentera yang ramai. Tapi, dia sorang- sorang je. Matilah. Entah- entah dia ada anak kecil jugak."

Si abang tersenyum. Tapi bukan pada adiknya. Pada si muka buku yang mengkhayalkan itu.

"Abang. Nanti Tuhan tak marah kita ke kalau kita tak tolong saudara kita? Adik takut lah. Adik pun boleh perang apa. Sebab adik ada tengok ada budak kecik macam adik, pakai macam askar jugak. Bawak senapang. Macam best. Tapi, kesian dia. Tak pergi sekolah. Tak boleh main macam adik. Nanti kena tembak, terus mati. Cikgu adik cakap, diorang guna peluru betul. Bukan peluru macam yang kitorang guna." Si kecil itu terus petah berbicara. Memuntahkan hujah- hujahnya yang dia kutip entah di mana. Yang pasti itu hujah seorang pemikir yang baik pada peringkat umurnya.

"Ala adik ni. Adik kecik lagi la. Tak payah fikir benda macam tu lah. Biar orang dewasa yang fikir benda tu. Adik pergi la main dengan kawan- kawan adik." Si abang malas nak melayan karenah adiknya. Dia pun malas nak fikir benda macam tu. Buang masa. Bukannya ada kaitan dengan dia.

"Betullah tu. Orang dewasa la perlu fikir benda tu. Sebab tu adik tanya abang. Manalah tahu abang boleh jawab dengan baik. Tapi, abang sama je dengan abang dan kakak kawan- kawan adik. " Si adik berlalu hampa. Kalah taruhan dengan kawan- kawannya.

Dia bertaruh, konon abangnya yang satu itu serba tahu sebab asyik menghadap laptop 24 jam. Dunia di hujung jari la katakan. Dia agak abangnya boleh terangkan dengan dia pasal saudara kat Palestin tu. Mungkin boleh ajar dia sekali macam mana nak tolong kawan dia kat sana. Mungkin tak dengan brperang, tapi dia boleh tolong doakan. Tapi hampa. Orang dewasa tak nak fikir dah pasal benda penting tu. Ada. Tapi tak ramai.

Thursday, May 24, 2012

teruskan...

"Aku sedih. Aku rasa semua usaha aku selama ni tak berbaloi langsung pun. Aku dah doa, dah solat hajat banyak- banyak. Minta Dia kabulkan impian aku. Tapi, kenapa tak dapat? Kenapa dia dapat? Kenapa pulak aku tak? Aku rasa, apa yang dia buat, aku pun buat."

"Tak baik memepersoalkan ketentuan Dia. Redha je lah. Dulu kau cakap dengan aku, kau akan tawakal. Kau redha dengan apa yang Dia bagi. Kenapa sekarang kau melatah macam ni? Ingat, kuasa kun fa ya kun Dia melebihi segalanya."

"Ya, aku redha. Redha dengan segala ketentuan ni. Aku tahu dah banyak nikmat yang aku dapat. Nikmat Dia yang mana lagi nak aku dustakan? Tapi, kalau macam ni, aku nak pergi mana. Impian aku dah hancur."

"Redha. Aku rasa kau faham maksud redha. Kita dah berikrar yang kita beriman pada qada' dan qadar-Nya kan? Mungkin, Dia sedang menguji kau. Mungkin Dia suka mendengar doa- doa kau. Jangan risau. Aku yakin dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kau."

"Tapi sampai bila? Nanti, bila kalian semua sudah jauh di hadapan, aku masih terpuruk di sini. Aku dah penat. Penat dengan semua ni."

"Berdoalah. Yakinlah dengan Dia. Ingatlah. Dia adalah tempat bergantung yang paling baik dan Dia takkan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan. Sabarlah sahabat. Teguhkan kepercayaan di hati kau. Aku tahu, jika kau terus dengan usaha, dan doa kau yang tak henti- henti, Dia takkan melupakan kau. Jangan merungut dengan ujian yang sedikit. Mungkin Dia sengaja menguji. Ingin melihat sejauh mana iman dan taqwa kau kepada-Nya. Ingatlah 'Sesungguhnya Allah bersama- sama orang yag sabar."

...
"Terima kasih sebab mengingatkan aku. Aku hampir tewas dengan perasaan sendiri hingga aku hampir lari daripada maksud dan tujuan hidup aku sebagai hamba-Nya. Terima kasih sahabat."

:) sahabat kena saling berpesan- pesan.

Tuesday, May 8, 2012

DIA

Jaga hati dia, dia, dan dia.
Hati kau,
Kau jaga sendiri...

Rawat luka dia, dia, dan dia.
Luka kau,
Kau rawat sendiri...

Usap air mata dia, dia, dan dia.
Air mata kau,
Kau usap sendiri...

Dengar keluh kesah dia, dia, dan dia.
Keluh kesah kau,
Kau dengarkan sendiri...

Hati itu hati engkau.
Jagalah sendiri.
Luka itu luka engkau.
Rawatlah sendiri.
Air mata itu air mata engkau.
Usaplah sendiri.
Keluh kesah itu keluh kesah engkau.
Dengarlah sendiri.

Jangan minta dia, dia dan dia untuk jaga hati nan satu itu.
Nanti luka tak terawat.
Air mata tak terusap.
Keluh kesah tak henti- henti.

Jaga sendiri.
Jaga sendiri.
Jaga sendiri.

Tapi,
jika kudrat dan jiwa kau tak mampu lagi,
Kau masih punya DIA.
DIA akan jaga hati itu.
DIA akan rawat luka itu.
DIA akan usap air mata itu.
DIA akan dengar keluh kesah itu.

Pergilah pada DIA.
Bukan dia, dia dan dia...

Saturday, April 28, 2012

You are...

Assalamualaikum... ^^


Yesterday, we had a programme with Aman Palestin. A talk- show programme that discussed the issues of Palestine. The history, the war, and about all of our brothers and sisters there.. It was a very short time that we can talk only a lil' bit about the issues. Although what I got from the talk show was less then what I had imagined, still it touched my heart when I saw how hard their life were in those years. It has been about 64 years they had became beggars on their own land. There is not much we can do for them. A little donation and pray for them everyday. In a very big hope that one day, they can get back their smile...

What I really shocked about was someone's opinion about the programme. I now it is his. So, who am I to change his opinion. BUT... Please think before you said something.

"It's just how the world goes around. So, what can this programme do for it? Just let them be."

What are you trying to say? Just how the world goes around? Try to put yourself in their condition. You will know how hard life can be. I don't know if you can accept the hard time or not if you are at the same situation with the children. Lost their parents, lost their home, lost their chance to study, lost their chance to play around... Just think about it. I just want you to know that your pray might help them... It is the simplest thing we can do to help them. If you can't help much,don't condemn others effort..

*To proudly post something like that is not cool. It shows how inhumane you are...

I'm not saying that I'm good enough as a human, but at least I try to be one...

peace ;)


Wednesday, April 18, 2012

thank you friend...

Thank you - Mirwana

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too
[Ooo friend…]

Thank you…
Thank you…
Thank you…
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We share together now

For the never ending support
You always give me
Oh friend…
Ooo…

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me

I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was a special and wonderful
And I hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you for simply being there
On the cloudy day
On the sunny day

Thank you for sharing your joys
And pain with me
For showing me that I am so special

That my contribution counts to our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too
[Ooo friend…]


thank you
thank you
thank you
just for you

Tuesday, April 3, 2012

you can cry on my shoulder...


Cry On My Shoulder (DSDS)

If the hero never comes to you
If you need someone you're feeling blue
If you're away from love and you're alone
If you call your friends and nobody's home
You can run away but you can't hide
Through a storm and through a lonely night
Then I show you there's a destiny
The best things in life
They're free

But if you wanna cry
Cry on my shoulder
If you need someone who cares for you
If you're feeling sad your heart gets colder
Yes I show you what real love can do

If your sky is grey oh let me know
There's a place in heaven where we'll go
If heaven is a million years away
Oh just call me and I make your day
When the nights are getting cold and blue
When the days are getting hard for you
I will always stay here by your side
I promise you I'll never hide

*a song for you :)

Friday, March 23, 2012

eh, eh


eh, eh,
banyak sungguh ragam mereka
ada yang mengeluh
ada yang masih bersuluh
ada yang mengampu
ada yang buat tak tahu

eh,
ada lagi yang tak puas hati
pura- pura senang hati
pergi belakang maki tak henti

eh,
ada lagi yang mengkritik tak sudah
dongak ke atas konon nak ludah
namun tetap jatuh ke bawah

eh,
sudahlah
jangan berlaga sesama sendiri
jangan asyik menuding jari
jangan jadi virus infeksi

eh, eh
aku bukan sengaja menyibuk
tapi terpaksa menyampuk
sebab tak nak sama terhempuk

eh,
sudah sudahlah
lagi baik kalau bersatu
bersatu teguh
bercerai roboh

eh,
air dicincang takkan putuskan?
tatkala membeku
mengapa berderai?

eh, eh,
bukan nak tunjuk baik
saja nak ingatkan
agar nanti tak tunggang terbalik

*eh...aku bukan merapu =_="

masih hidup.

Alhamdulillah
Aku masih hidup
masih dipinjamkan jasad ini
masih meghirup udara segar ini
masih diberi selautan cinta Ilahi

Alhamdulillah
Aku masih punya peluang itu
peluang untuk muhasabah diri
peluang untuk bangkit berdiri
peluang untuk membina jati diri

Aku ingin sertai jihad itu
Aku ingin seiring para mujahid itu
Aku ingin meraih kasih DIA...

Alhamdulillah
Walaupun usia yang bertambah
tidak setara dengan amal dan ibadah
yang hanya secebis cuma
aku masih punya ruang waktu ini
untuk terus beristiqamah
kepada DIA yang Maha Penyayang...

Sunday, March 11, 2012

aku bakal guru :)

GURU OH GURU!

Usman Awang

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca

*aku suka puisi ni... :))) guru memang hebat!

Monday, February 27, 2012

muhasabah diri

dulu pernah
aku tersilap langkah
tapi aku hanya tersenyum
mentertawakan kebodohan diri
kan ramai orang belajar daripada kesilapan
tak apa lah
first time kan?

tapi
bila kesilapan berulang kali kedua
apa lagi alasanku?
ohhh
manusia kan mudah lupa
ya! nama pun manusia
maafkan lagi la

bila kesilapan itu berulang- ulang
apa pula alasan kali ini?
takkan tak sempat lagi nak belajar daripada kesilapan
takkan manusia asyik lupa

ahhh!
terlalu banyak alasan yang ku beri
nak menyedapkan hati sendiri

sebaiknya aku muhasabah diri
janganlah berlagak sangat
mendongak terlalu tinggi ke langit sampai tak ingat di mana bumi
janganlah berkhayal terlalu banyak
terlalu asyik membilang bintang di kaki langit hingga lupa siang menunggu

sedarlah diri
sedarlah hati
sedarlah jiwa

sedarlah
kau tu bukan hebat sangat
muhasabah, muhasabah, muhasabah


Saturday, February 25, 2012

aku dan kawan


assalamualaikum..
hello kawan..:)

Hari ni aku tetiba nak tulis pasal kawan. KAWAN. Kadang- kadang, orang suka nak bezakan antara kawan, teman, dan sahabat. Bff? Bagi aku, kalau dah kawan tu, kawan la. Tak payah susah-susah nak cari perbezaan itu dan ini.

Aku dulu- dulu pernah la bangga diri. Cakap kat diri sendiri yang aku boleh hidup kot tanpa kawan. Tak ada kawan pun aku boleh teruskan perjalanan hidup. Jumpa dia, aku jalan dengan dia. Kalau jumpa kau, aku jalan dengan kau. Aku tak perlu kan kawan baik yang sentiasa ada untuk aku.

Tapi, bila fikir balik, aku tak pernah rasa pun bagaimana keadaan hidup kalau tak ada kawan. Sebab aku selalu ada ramai kawan yang sudi berkongsi rasa dengan aku. Kawan yang sama-sama melakar impian, kawan yang sama-sama buat nakal, kawan yang sama-sama menangis, kawan yang sama-sama itu dan ini.

Sampai sekarang aku masih merasai hebatnya hidup bila kita punya kawan. Walaupun sekarang aku tahu tak ramai yang ikhlas. Tapi, aku tetap rasa ada yang benar-benar sayang.

Kawan, aku sayang kau, kau dan kau. Kau tolong betulkan aku bila aku punya silap. Kau tolong tarik aku bila aku tersasar. Kau tolong sedarkan aku bila aku teralpa. Kau tolong bangunkan aku bila aku bermimpi terlalu jauh. Kau tolong terus di sisi aku sebab aku perlukan kau. Kau, kau dan kau, tolong aku...Aku tak sekuat yang kau sangka.



*kawan buat aku rasa hidup aku hebat.baguskan ada kawan??



Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul~

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat seluruh dunia. Marilah kita banyakkan berselawat ke atas baginda s.a.w. Moga- moga kita layak mendapat syafaatnya di akhirat kelak..amin...

Hari ini aku terdengar lagi kisah yang sememangnya boleh menyentuh jiwa. Buatkan aku teringat betapa beruntungnya aku, betapa beruntungnya kita kerana menjadi umat baginda.

Kisahnya begini :

Pada suatu hari..Nabi bertanya: "Wahai sahabatku sekalian. Tahukah kamu siapakah hamba Allah yang mulia?"

Para sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"
Sahabat lain pula: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"

Rasulullah tersenyum lalu berkata:"Benar, mereka itu semuanya mulia. Tetapi ada yang lebih mulia dari itu"

Para sahabat terdiam lalu berkata:"Ya Rasulullah... adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.."

Kemudian, Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi & janggutnya lalu bkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian.. mereka x pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai
sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA... MEREKALAH UMATKU!"


Ya Allah..betapa tersentuhnya hati ini bila mendengarkan kisah itu. Kisah yang sering diulang- ulang. Tapi manusia tetap masnusia. Fitrahnya memang mudah lupa. Rasulullah rindukan kita, tapi kita??? Rindu atau tidak, tepuk dada tanyalah hati... Kalau rindu, selawatlah ke atas baginda. Moga baginda tahu yang dalam kalangan umatnya di akhir zaman ini, masih ramai yang merindui baginda...

*sama-samalah kita beramal. :)

wassalam...

itu aku~~

itu aku
pernah terjatuh
bila cuba mencapai mimpi yang terlalu tinggi

itu aku
pernah mengeluh
bila kudrat rasanya tak mampu menanggung beban

itu aku
pernah menangis
bila hati terusik dengan ujian yang tak pernah disangka

itu aku
pernah tersisih
bila kaki tak mampu mengorak langkah bersama

itu aku
pernah teralpa
bila kaki menjauh dari landasan itu

tapi,
itu juga aku

yang bangkit berdiri
kerna impian itu masih ada

yang bersyukur kepada-Nya
kerna kudrat tak selemah itu

yang cuba untuk tersenyum
kerna ujian itu ada hikmahnya

yang berlari mengejar
kerna mahu seiring mereka

yang mengharap kasih-Nya
kerna pasti tak mampu jika Dia menjauh

ya
itu aku
manusia biasa
yang mudah lupa

tapi
masih berharap
untuk menjadi insan yang kamil di sisi khaliknya...


ya! itu aku...