Monday, February 27, 2012

muhasabah diri

dulu pernah
aku tersilap langkah
tapi aku hanya tersenyum
mentertawakan kebodohan diri
kan ramai orang belajar daripada kesilapan
tak apa lah
first time kan?

tapi
bila kesilapan berulang kali kedua
apa lagi alasanku?
ohhh
manusia kan mudah lupa
ya! nama pun manusia
maafkan lagi la

bila kesilapan itu berulang- ulang
apa pula alasan kali ini?
takkan tak sempat lagi nak belajar daripada kesilapan
takkan manusia asyik lupa

ahhh!
terlalu banyak alasan yang ku beri
nak menyedapkan hati sendiri

sebaiknya aku muhasabah diri
janganlah berlagak sangat
mendongak terlalu tinggi ke langit sampai tak ingat di mana bumi
janganlah berkhayal terlalu banyak
terlalu asyik membilang bintang di kaki langit hingga lupa siang menunggu

sedarlah diri
sedarlah hati
sedarlah jiwa

sedarlah
kau tu bukan hebat sangat
muhasabah, muhasabah, muhasabah


Saturday, February 25, 2012

aku dan kawan


assalamualaikum..
hello kawan..:)

Hari ni aku tetiba nak tulis pasal kawan. KAWAN. Kadang- kadang, orang suka nak bezakan antara kawan, teman, dan sahabat. Bff? Bagi aku, kalau dah kawan tu, kawan la. Tak payah susah-susah nak cari perbezaan itu dan ini.

Aku dulu- dulu pernah la bangga diri. Cakap kat diri sendiri yang aku boleh hidup kot tanpa kawan. Tak ada kawan pun aku boleh teruskan perjalanan hidup. Jumpa dia, aku jalan dengan dia. Kalau jumpa kau, aku jalan dengan kau. Aku tak perlu kan kawan baik yang sentiasa ada untuk aku.

Tapi, bila fikir balik, aku tak pernah rasa pun bagaimana keadaan hidup kalau tak ada kawan. Sebab aku selalu ada ramai kawan yang sudi berkongsi rasa dengan aku. Kawan yang sama-sama melakar impian, kawan yang sama-sama buat nakal, kawan yang sama-sama menangis, kawan yang sama-sama itu dan ini.

Sampai sekarang aku masih merasai hebatnya hidup bila kita punya kawan. Walaupun sekarang aku tahu tak ramai yang ikhlas. Tapi, aku tetap rasa ada yang benar-benar sayang.

Kawan, aku sayang kau, kau dan kau. Kau tolong betulkan aku bila aku punya silap. Kau tolong tarik aku bila aku tersasar. Kau tolong sedarkan aku bila aku teralpa. Kau tolong bangunkan aku bila aku bermimpi terlalu jauh. Kau tolong terus di sisi aku sebab aku perlukan kau. Kau, kau dan kau, tolong aku...Aku tak sekuat yang kau sangka.



*kawan buat aku rasa hidup aku hebat.baguskan ada kawan??



Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul~

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat muslimin dan muslimat seluruh dunia. Marilah kita banyakkan berselawat ke atas baginda s.a.w. Moga- moga kita layak mendapat syafaatnya di akhirat kelak..amin...

Hari ini aku terdengar lagi kisah yang sememangnya boleh menyentuh jiwa. Buatkan aku teringat betapa beruntungnya aku, betapa beruntungnya kita kerana menjadi umat baginda.

Kisahnya begini :

Pada suatu hari..Nabi bertanya: "Wahai sahabatku sekalian. Tahukah kamu siapakah hamba Allah yang mulia?"

Para sahabat menjawab: "Para malaikat ya Rasulullah"
Sahabat lain pula: "Tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"

Rasulullah tersenyum lalu berkata:"Benar, mereka itu semuanya mulia. Tetapi ada yang lebih mulia dari itu"

Para sahabat terdiam lalu berkata:"Ya Rasulullah... adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan.."

Kemudian, Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi & janggutnya lalu bkata...

"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian.. mereka x pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai
sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA... MEREKALAH UMATKU!"


Ya Allah..betapa tersentuhnya hati ini bila mendengarkan kisah itu. Kisah yang sering diulang- ulang. Tapi manusia tetap masnusia. Fitrahnya memang mudah lupa. Rasulullah rindukan kita, tapi kita??? Rindu atau tidak, tepuk dada tanyalah hati... Kalau rindu, selawatlah ke atas baginda. Moga baginda tahu yang dalam kalangan umatnya di akhir zaman ini, masih ramai yang merindui baginda...

*sama-samalah kita beramal. :)

wassalam...

itu aku~~

itu aku
pernah terjatuh
bila cuba mencapai mimpi yang terlalu tinggi

itu aku
pernah mengeluh
bila kudrat rasanya tak mampu menanggung beban

itu aku
pernah menangis
bila hati terusik dengan ujian yang tak pernah disangka

itu aku
pernah tersisih
bila kaki tak mampu mengorak langkah bersama

itu aku
pernah teralpa
bila kaki menjauh dari landasan itu

tapi,
itu juga aku

yang bangkit berdiri
kerna impian itu masih ada

yang bersyukur kepada-Nya
kerna kudrat tak selemah itu

yang cuba untuk tersenyum
kerna ujian itu ada hikmahnya

yang berlari mengejar
kerna mahu seiring mereka

yang mengharap kasih-Nya
kerna pasti tak mampu jika Dia menjauh

ya
itu aku
manusia biasa
yang mudah lupa

tapi
masih berharap
untuk menjadi insan yang kamil di sisi khaliknya...


ya! itu aku...