Thursday, July 10, 2014

Ironi

Si A menyindir si B.

Rajinnya bangun pagi semata-mata nak tengok bola. Saudara di sana dibom, dibunuh, diacu senapang. Si B boleh lagi bangun pagi bersorak untuk pasukan pilihan.

Si B senyum sahaja. Malas mahu bertengkar.

Si B bangun pagi layan bola. Senyum puas sebab pasukan pilihan dah menang. Azan Subuh dilaung, ambil wuduk, melangkah ke masjid. Hampar sejadah, masuk saf, angkat takbir. Allahuakbar... Ya, dia pergi solat Subuh. Di masjid. Berjemaah.

Sempat jugak menadah tangan berdoa untuk mereka di sana.
Moga-moga memang akan ada esok yang tiada bunyi bom dan lumuran darah untuk mereka.
Moga-moga mereka diberi kekuatan untuk menghadapinya.
Moga-moga umat Islam seluruh dunia diberi kekuatan untuk bangkit bersama mereka.
Moga-moga seluruh manusia tidak mengira agama dibuka pintu hati untuk membantu mereka atas nama kemanusiaan.
Moga-moga Allah makbulkan doa-doa hambaNya.

Si B yang disindir sebab sibuk sangat dengan bola, baru balik dari masjid. Dalam kepala sedang merancang untuk menderma, sedang berazam untuk turut sama memboikot.

Si A yang menyindir Si B yang rajin bangun tengok bola, yang bangga mengatakan dia tak layan bola. Yang kononnya kesian dengan saudara di sana, masih di atas katil. Berselubung selimut. Mata terpejam. Berdengkur halus. Matahari dah naik. Solat Subuh terbiar. Bukan tak biasa. Hari-hari pun macam tu. Tidur lebih baik daripada bangun solat.

Ironi. Sekarang siapa yang lebih bagus?

Read and heed. :)

No comments: